Di dunia ini, ada orang-orang yang
diberi kelebihan oleh Tuhan hingga mempunyai kemampuan supranatural meskipun
dia tidak pernah belajar. Ada pula orang yang diberi kemudahan untuk
mempelajari berbagai ilmu sehingga ia mempunyai banyak kemampuan dalam waktu
singkat. Ada juga orang yang mengalami kepayahan dalam mempelajari ilmu,
padahal dia sudah tekun berusaha. Jika anda termasuk golongan yang terakhir,
maka jangan berputus asa dahulu. Masih banyak jalan untuk membuka pintu
keilmuan Anda.
Banyak orang belajar ilmu ghaib
selama bertahun-tahun, tetapi tidak ada hasil yang memuaskan. Kegagalan itu
mungkin saja terjadi kerana ilmu yang dipelajari sudah tidak asli tata-caranya
atau mempelajari ilmu palsu. Banyaknya Ilmu palsu dan ilmu yang tidak asli
tradisinya biasanya terjadi adalah akibat sudah diolah paranormal yang tidak
bertanggung jawab.
Jangan mudah percaya kepada orang yang katanya mampu membuka aura, cakra atau
hijab ghaib sehingga orang mampu dengan cepat menguasai ilmu ghaib dan mampu
masuk alam ghaib. Sesungguhnya hati Anda hanya mampu terbuka oleh usaha Anda
sendiri. Orang lain hanya mampu membantu mengarahkan dan memberi tahu caranya.
Sebab kegagalan lainnya adalah
ketidaktahuan akan hakikat ilmu yang dipelajarinya. Orang yang belajar ilmu
ghaib seharusnya tahu “dari mana sumber kekuatan ilmu ghaib dan bagaimana
proses atau cara kerja ilmu ghaib”, atau mungkin dia berguru pada pada
paranormal palsu yang ilmunya pastinya palsu.
Oleh kerana itu saya menyusun
“Pembuka Ilmu Ghaib” yang mengupas dua hal pokok yang seharusnya menjadi
pengetahuan awal bagi Anda yang ingin belajar ilmu ghaib. Pengetahuan ini akan
sangat membantu dalam membuka pintu kekuatan ghaib di tubuh.
Sumber Kemampuan Supranatural
Aliran hikmah dan kebatinan sepakat
bahawa sumber kekuatan ilmu ghaib adalah khodam. Namun kedua aliran tersebut
berbeza pendapat mengenai pengertian khodam. Aliran kebatinan beranggapan
bahwa khodam atau prewangan adalah jenis makhluk tertentu yang memang
diciptakan Tuhan untuk membantu manusia. Menurut fahaman ahli kebatinan, khodam
bukanlah jin dan bukanlah malaikat, melainkan makhluk ghaib khusus yang
berfungsi menimbulkan kekuatan supranatural pada manusia sakti atau benda
bertuah.
Sedangkan aliran hikmah yakin bahawa
“khodam” sebetulnya hanyalah julukan bagi Jin atau Malaikat yang membantu
manusia. Pendapat ini setidaknya bedasarkan dua alasan sebagai berikut:
Pertama, Khodam dalam bahasa Arab bererti pembantu, penjaga atau pengawal yang
selalu mengikuti. Dalam bahasa arab pembantu rumah tangga, pemandu, tukang
kebun dan body guard juga boleh disebut sebagai khodam.
Kedua, Bukankah dalam Al-Quran sudah
diterangkan bahwa Allah hanya menciptakan hambanya dalam tiga bentuk saja,
iaitu: Malaikat, Manusia dan Jin. Kalaupun ada yang istilah “khodam”, maka
tidak lain hanyalah nama alias untuk ketiga jenis makhluk tersebut. Seperti
halnya “syaitan”, sebetulnya bukanlah jenis mahluk, melainkan hanya sebutan
bagi jin dan manusia yang suka berbuat kejahatan. Saya peribadi lebih meyakini
pendapat aliran hikmah kerana mempunyai alasan yang kuat.
Keajaiban yang ditimbulkan oleh ilmu
gaib berbeza dengan mukzijat. Perbedaannya terletak pada prosesnya dan siapa
yang menerimanya. Mukzijat hanya diterima oleh nabi/rasul dan prosesnya tanpa
perantara, tidak ada perantara malaikat/jin yang menyebabkan nabi Musa mampu
membelah lautan dan tongkatnya menjadi ular. Kejadian mukjizat langsung dari
perintah Allah “kun fa yakun!”. Mukjizat tidak boleh dipelajari atau diusahakan
oleh manusia, termasuk nabi. Nabi hanya menerima dan tidak berkuasa menolak
kekuasaan Allah.
Sedangkan keajaiban yang ditimbulkan
ilmu ghaib sebenarnya adalah fungsi khodam yang sudah menyatu dengan pemilik
ilmu ghaib. Misalnya orang yang kulitnya kebal senjata tajam, sebetulnya
kulitnya diselimuti enegi ghaib oleh khodam sehingga senjata yang hendak
menyentuh kulit terhalang dan tidak boleh menembusi kulitnya. Proses ini serupa
dengan atmosfer bumi yang ketika ada meteor jatuh maka akan mengalami gesekan
hingga meteor terbakar dan habis, dengan itu mahluk bumi menjadi tenteram dari
meteor yang berjatuhan.
Ilmu Ghaib boleh dipelajari atau
diusahakan. Usaha untuk memperoleh ilmu ghaib boleh dilakukan dengan puasa,
wirid mantera, meditasi, pengisian (bila ada guru) dan lain-lain. Khodam yang
akan menjadi ruh ilmu ghaib pun berbeda-beda tergantung jenis ilmu dan siapa
yang mengamalkan ilmu tersebut. Untuk amalan yang murni bersumberkan dari
Al-Quran, IsyaAllah, khodamnya adalah malaikat. Ilmu Kebatinan, kebanyakan
berkhodam Jin muslim atau jin kafir tergantung siapa yang mengamalkannya dan
niat memiliki ilmu tersebut.
Sifat Khodam Ilmu Ghaib
Saya yakin, sebahagian dari anda
menjadi takut mempelajari ilmu ghaib setelah tahu bahawa kekuatannya sebetulnya
berasal dari makhluk ghaib (khodam). Ketahuilah bahawa jin yang menjadi khodam
suatu ilmu berbeda sifatnya dengan jin pengganggu. Khodam adalah jin yang
bersifat pasif. Dia tidak mampu mempengaruhi fikiran anda dan tidak mampu
menampakkan diri.
Meskipun khodam selalu mengikuti
anda, dia tidak akan ‘mengomen’ apapun tentang tindakan Anda. Khodam juga tidak
mampu berkomunikasi dengan Anda, kecuali Anda menguasai ilmu untuk
berkomunikasi dengan khodam. Jadi intinya, meskipun ratusan khodam mengikuti
Anda, Anda tetaplah diri Anda yang merdeka, boleh melakukan apa saja sesuka
hati. Anda tidak perlu takut dengan khodam karena khodam sepenuhnya hanya akan
membantu Anda tanpa minta imbuhan dan tidak mengganggu.
Mengapa harus puasa dan baca
mantera?
Hakikat puasa dalam ilmu gaib adalah
untuk mempermudah penyatuan khodam dengan pemilik ilmu. Bukan bererti tanpa
puasa ilmu tidak boleh dikuasai. Jika ada guru sakti yang bersedia mengisi
Anda, maka Anda langsung mampu memiliki ilmu tanpa melalui proses puasa/ritual.
Kekuatan hasil pengisian tergantung seberapa besar kesaktian guru yang mengisi
Anda. Sedangkan jika Anda puasa/ritual sendiri, maka kekuatan yang dihasilkan
tergantung penghayatan dan kesungguhan Anda dalam menjalani puasa/ritual.
Mantera adalah medium untuk
memanggil khodam. Saat Anda membaca mantera, beberapa khodam yang sifatnya sama
dengan mantera yang Anda baca langsung datang mengelilingi Anda. Khodam-khodam
itu tidak mampu langsung bersatu dengan tubuh Anda kerana berlainan sifat
penyusunan tubuh. Jin terbuat dari api (panas) dan Anda terbuat dari tanah
(neutral), maka agar mempermudah penyatuan khodam dengan diri Anda anda harus
mengosongkan perut hingga tubuh Anda lemah dan terasa panas.
Lemahnya tubuh Anda saat berpuasa
juga mempermudah penyatuan khodam. Logiknya, tubuh lemah adalah kerana
kekurangan energi, maka ada kesempatan bagi khodam untuk mengisi kekurangan
energi di tubuh Anda.
Ilmu yang sudah ada pada diri Anda
boleh bertambah kuat dan boleh jadi juga sebaliknya, bergantung kerajinan Anda
dalam merawat ilmu tersebut. Merawat ilmu sama ertinya dengan menjaga hubungan
antara khodam dan Anda. Semakin kuat ikatan antara Anda dan khodam, kekuatan
ilmu Anda semakin kuat. Cara merawat suatu ilmu adalah dengan membaca
manteranya rutin pada waktu yang ditentukan. Semakin khusyuk dan banyak wirid
mantera maka semakin besar pula kekuatan ilmu Anda.
Cara Membuka Pintu Ilmu Ghaib
Jika Anda termasuk orang yang sering
gagal dalam mempelajari ilmu ghaib atau tidak menemui guru sakti yang bersedia
mengisikan ilmu ke tubuh Anda, maka lakukanlah cara berikut ini. Semoga dengan
cara yang saya berikan, Anda akan mudah menguasai ilmu ghaib meskipun Anda
hanya belajar dari buku. Amalan membuka ilmu ghaib, disebut juga amalan untuk
ketajaman mata hati.
Cara ini sesuai bagi yang
mengamalkan aliran Hikmah
Selama 40 hari, setiap selesai
solat, terutama maghrib dan subuh atau ketika Anda selesai solat malam
(tahajud), lakukanlah wirid berikut ini.
Membaca Surat Al-Fatihah x 7
ditujukan kepada Nabi Muhammad SAW.
Membaca Surat Al-Fatihah x 7
ditujukan kepada Wali Ghauts hadzaz-zamani.
Membaca Ya Sayyidi Ya Rasulullah
selama 30 minit dengan khusyuk.
Jika Anda punya waktu, maka Membaca
kalimah toyyibah “la ilaha illallah” 3000 kali atau semampunya.
Dengan amalan ini, hati akan terang,
pintu ilmu ghaib akan terbuka, sehingga Anda akan mudah dalam menguasai
bermacam-macam ilmu ghaib.